Rabu, 8 April 2009

Perhargaan

Setakat ini, Lim Swee Tin telah memenangi sejumlah 24 hadiah penulisan.

Antaranya:

1982 dan 1985, Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III dan VI melalui cerpen-cerpen berjudul Tapah dan Gok.

1983, beliau memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra II melalui antologi Akrab yang memuatkan 50 buah puisi.

1986, 1989, 1990, 1992, 1994, 1999, beliau juga beberapa kali memenangi Hadiah Sastera Utusan – Publik Bank.

1982-83, hadiah Sastera Malaysia melalui sajak Berjalan-jalan Di Sini,
1986-87, melalui sajak Sejarah,
1988-89 melalui sajak Sewaktu Melintasi Kundasang.

Beliau memenangi Hadiah Cerpen Maybank – DBP ke-III melalui cerpen ‘Cahaya Lain Di Wajah’ dan ke-IV melalui cerpen ‘Setelah Kabus Dini Hari’.

1989, beliau juga memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO – GAPENA

1990, Lim Swee Tin memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi sempena 100 Tahun Kuala Lumpur melalui naskah puisi ‘Kuala Lumpur : Kota Sarang Labah-Labah’.

1994, hadiah Puisi Bosnia – PENA, Berita Harian, Utusan Melayu.

2000, Formula Malaysia kategori cerpen melalui cerpen ‘dR’.

Anugerah yang paling besar yang diperolehi ialah apabila beliau menerima Anugerah Sea Write Award pada tahun 2000 oleh kerajaan negeri Thailand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan