"Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993),
"Masih" (1997),
"Sebuah Fragmen Cinta" (1998)
"Nyanyian Sepi" (puisi dwibahasa, 2000).
Puisi beliau berjudul "Ketika Kami Bercerita Tentangnya" telah dipilih sebagai teks puisi di dalam antologi "Anak Bumi Tercinta" yang merupakan antologi Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu bagi Tingkatan 3.
Lim Swee Tin bukanlah nama baru dalam dunia kepenyairan. Beliau merupakan penerima S.E.A Write Award 2000 (penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand. Selain sering muncul di kaca televisyen mendeklamasikan puisi, penyair Lim Swee Tin turut giat memberi ceramah penulisan kreatif di dalam dan luar negara. Beliau pernah diundang mendeklamasikan sajak di Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dalam bidang penulisan, beliau cenderung menulis puisi. karya awalnya terbit pada tahun 1973. Beliau juga menghasilkan cerpen, novel dan tulisan-tulisan bercorak kesusasteraan. Pada tahun 1990, beliau mewakili negara pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau bagi program Penataran Karya Sastera selama hampir sebulan di Jakarta, Indonesia.
Lim Swee Tin. 2007. Rencana 'Yang Pasti, Bukan Hanya Emak Untuk Ibu'. Dewan Bahasa. Hlm.36-38
Lim Swee Tin . 2007. Sajak 'Mantera Remaja'. Dewan Siswa, hlm 65 (kulit)
Lim Swee Tin. 2007. Rencana ' Penulis Muda: Satu Rahmat atau Pengacau?. Utusan Malaysia. Januari. Hlm. 21
Lim Swee Tin. 2007. Darihal Bahasa: Yang Pasti, Bukan Hanya Emak untuk Ibu. Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hlm. 36-38
Lim Swee Tin. 2007. GAPENA di Universiti WalailakNakhornsi Thammarat : menyemarakkan Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan. Dewan Sastera dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hlm. 90-91
Lim Swee Tin. 2007. Unsur Pemujukan Dalam Bahasa Pelancongan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 24-26
Lim Swee Tin. 2007. Bahasa Perpaduan Melalui Media Penyiaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 10-12
Lim Swee Tin . 2007. KOMSAS berhasil Melestari Sastera. Mingguan Malaysia. Hlm. 31
Lim Swee Tin. 2007. Gaya Ekstrem Dalam Bahasa Jualan Langsung. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 14-16
Lim Swee Tin. 2007. Sajak Patriotisme: Awal Kemunculan, Perkembangan dan Impaknya. Dewan Sastera. Hlm. 30-32
Lim Swee Tin. 2007. Sumber Pengalaman dan Kekayaan Tanggapan Diri Menganjakkan Aras Resepsi Memugar Makna dan Erti. Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 81-85
Lim Swee Tin. 2007. Sajak " Titih Salam Pujangga Zaman" dalam Dewan Sastera. Hlm. 6-7
Lim Swee Tin. 2007. Sajak " Mantera Remaja " dalam Dewan Siswa.
- menentang pencerobohan dan kezaliman ke atas GAZA
Palestin Tanah berdebu di Asia Tengah Ditakdirkan menjadi sobekan-sobekan walang Dipanggang perih bara bernama perang Tanah keringmu garing dalam marak nyala silih berganti Ratusan ribu nyawa melayang, jutaan pula jiwa meronta Padang kontang langit kelabu tersangkut di bahu gunung-gunungmu Menjadi saksi kesakitan abadi dekad ke dekad sengsara berselirat.
Palestin Cerita nestapamu bilakah akan terhenti Ketika anak-anak kecilmu ditewaskan, ibu-ibu tua dirundung rawan Perebutan ini jahat, api kekejaman di mana-mana melarat Rintih duka, rawan hiba menjadi kolaj comot tergantung di birai sejarah Sejarah mengalir dalam merah darah cair Para pahlawanmu pergi tak pulang di bawah runtuhan gelimpangan Lelaki tua raungnya hilang suara, zionis menjalarkan cakarnya mengoyak pusaka.
Palestin Aduh Palestin yang mengaduh Perlindungan itu bukan untukmu, pembelaan itu tertangguh lagi di lidah kelu Bangsa-bangsa Bersatu itu bisu, Bangsa-bangsa Bersatu telah batu Satu suara tak pun kedengaran betapalah sirna ia di puncak menara Seratus suara dikelamkan muslihat digulung dilipat di sidang khianat Dari silang bumbung perjuangan tak terpeduli rempuhlah Palestin Biar luka berderai biar tubuh berkecai, telah kematian simpati, telah lesu di sana kemanusiaan yang terperi.
Aku tahu letihmu amat mengerah kudrat menyongsong angin berat Aku mahu nyanyikan lagu untuk saujana tanah abadimu yang kaurindu Pada malam-malam bening di bawah langit pekat yang tiba-tiba berapi dari neraka Aku mula mendengar tempik pahlawanmu tak terkalahkan Mereka menyerbu, merempuh soldadu dalam ronta kepayahan Para mujahidmu oh kaulepaskan saat sekelilingmu mengecilkan diri Palestin kami bersamamu kami dahan untuk pautmu Sedang sempadan rakus mereka koyak kami di sini bersama mengirimkan esak.
Palestin, Palestin, Palestin Kami di sisimu izinkan meriba nestapa purba Ingin benar kami membalut semua luka sukma Api Zionis itu sambarnya sinis Cengkam bumi kalbu dan batinmu terhiris Palestin, Palestin, Palestin Teguhkan azam kentalmu, bentengkan juga sempadan terakhirmu Kutahu keimanan ketaqwaan tak pernah goyah tak akan terpatah,dan, Palestin katakan: “KAN KUPADAMKAN SELAHAPNYA API KEANGKUHANMU ITU !!!”
Ciptaan PROFESOR MADYA DR. LIM SWEE TIN 2009.
Disampaikan sendiri oleh beliau di Majlis "MUJAHID PALESTIN" anjuran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Seksyen 16 pada 1 Februari 2009.
Seorang lelaki tua yang tiba-tiba merasakan kehilangan sebuah sungai tempat dulu petang-petang begini bermain dengan teman-teman
Seorang lelaki tua yang tiba-tiba merasakan kehilangan sebuah halaman tempat dulu sewaktu kecil mendengar ibu bercerita tentang sekian dongengan
Seorang lelaki tua yang tiba-tiba bagaikan terjaga berdiri di antara bangunan-bangunan tinggi asing dan menyepikan di keliling asap dan debu kering dan melemaskan