Rabu, 8 April 2009

Penglibatan awal dalam penulisan novel

Dr Lim Swee Tin mula berminat dengan penulisan novel sejak tahun 1960. Beliau mula membaca novel-novel yang dihasilkan oleh A. Samad Said seperti novel Patah Sayap Terbang Jua (1968). Pada tahun 1971, beliau gemar membaca novel-novel Shahnon Ahmad pula. Dalam penulisan novel, beliau menjadikan A.Samad Said dan Shahnon Ahmad sebagai idola. Gaya penulisan yang menarik digunakan oleh dua orang tokoh tersebut memikat hati beliau.

Dr Lim Swee Tin lebih gemar menulis novel remaja. Antara novel-novel yang dihasilkan oleh beliau ialah:

> 1991, novel remaja pertama yang ditulis berjudul Selendang Anum yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

>1992, novel remaja iaitu Menguak Tabir Musim. Juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

>1997, novel Potret Untuk Nabila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan