Rabu, 8 April 2009

Penglibatan dalam genre puisi

Bakat beliau lebih terserlah ke arah penciptaan sajak walaupun beliau turut menghasilkan cerpen dan esei kesusasateraan. Lim Swee Tin merasakan jiwa dan bakatnya lebih terjurus ke arah genre sajak. Bagi Lim Swee Tin, genre ini boleh menjadi alat komunikasi, iaitu apabila sesebuah karya dihasilkan, pengalaman dan pemikiran penulis dapat dikongsi dan dihayati bersama-sama khalayak. Berasaskan pegangan inilah Lim Swee Tin begitu serius dalam mencipta sajak dan keseriusannya tidak sia-sia. Berkat usaha gigihnya, Panel Hadiah Sastera 1976 berpendapat bahawa Lim Swee Tin telah menunjukkan harapan besar sebagai penulis bukan Melayu dalam perkembangan sastera nasional kerana beliau bukan sahaja telah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi telah berjaya mengangkat bahasa itu menjadi bahasa puisi.

Karya-karyanya sudah mendapat tempat di Berita Minggu, Jurnal PERISA, Jurnal Malay Literature, Utusan Zaman, Mingguan Timur,Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Sastera dan puluhan media penyiaran tanah air. Selain itu, puisi-puisinya diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina dan Thai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan